NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - 18
15 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - 18. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR mengulangkaji semula tajuk kenali serangga makhluk perosak. Guru MAHIR menerangkan mengenai acun perosak yg sesuai digunakan dan PPE yang diperlukan. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan alternative daripada penggunaan racun kimia, guna natural proses seperti bakar sarang telur, asapkan pada kawasan penanaman atau racun organik seperti semburan organik kerana ianya lebih selamat tetapi kena kena berwaspada kesan terhadap jiran dan persekitaran sekeliling sekiranya guna racun merbahaya. Selain itu, guru MAHIR menerangkan mengenai jenis-jenis makhluk perosak, kenal pasti perosak tu ganggu pokok bahaigan mana. Antara lain, guru MAHIR menerangkan mengenai jenis2 kawalan serangga perosak ( mekanikal, kultur, pemangsa, parasit, microb, kimia). Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai cara membuat biopestiside.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: